sungguh xdisangka selicik2 'Beast Belantara' tu akhirnya jatuh kedlm perangkap bidadari2 tersebut, digambarkan bidadari yg mejelis (cantik) rupawan, masakan tidak 'Beast Belantara' melepaskan peluang begitu sj sehingga mereka sudah lupa tentang tujuan asal mereka ke Kayangan Kasih... sungguh behina (luar biasa), hanya dgn paras rupa yg cantik sj 'Beast Belantara' hanyut dibuai cinta yg xsemena dgn satu pengharapan bahawa mereka akan dpt memiliki bidadari2 Kasih dan kemudian terus boleh membawa mereka kepada takhta paling dijulang martabatnya.... ahhhh xsemudah yg disangka wahai 'Beast Belantara'...
keupayaan Kasih Ana dan Kasih Ani yg berusaha mengaburi mata 'Beast Belantara' telah membuatkan mereka berjaya merampas kesemua senjata penyangak2 itu sehingga mereka sedikit pun tidak perasan akan kehilangan harta benda oleh kerana terlalu asyik memadu asmara yang penuh dgn kepura-puraan dr Kasih Ain dan juga Kasih Al... sungguh pun begitu adinda2 Kasih Alyza yg lain2 perasan bahawa ketua 'Beast Belantara' asyik memandangnya tanpa kelip mata, begitu asyik hingga terpesona tanpa pengetahuan Kasih Alyza... namun Kasih Alla dan Kasih Ayot ttp menjadi benteng pertahanan dihadapan kekanda kesayangan mereka iaitu Kasih Alyza bg memastikan keselamatan dan perancangan mereka utk menewaskan musuh berjalan dgn lancar tanpa diketahui oleh 'Beast Belantara'...
sepurnama sudah berlalu, akhirnya bidadari2 Kayangan Kasih mampu mengukir senyuman xkala mereka mengingatkan kembali bagaimana kisah 'Beast Belantara' diperbodohkan dan dipermainkan begitu sj... bagaimana bidadari2 meneruskan usaha memperdayakan penyagak2 yg lurus bendul xbertempat tu... selepas 'Beast Belantara' itu tahu bahawa mereka telah terperangkap dgn mainan cinta bidadari2 Kasih, marahnya teramatlah sgt... mereka cuba dptkan kembali kesemuan senjata mereka namun apakan daya kesemua barangan 'Beast Belantara' sudah dirampas... mereka tidak mampu berbuat apa2 lg melainkan dgn segala hormatnya diusir keluar oleh bidadari2 Kayangan Kasih tanpa sehelai pakaian pun...
alangkah malunya mereka diperlakukan sedemikian rupa, namun jauh disudut hati Kasih Alyza tidak bersetuju dgn perbuatan adinda2 nya itu... inilah balasan utk manusia2 yg zalim terhadap org lain, manusia yg penuh dgn sifat ketamakkan dan tdk lari dgn kejahilan terhadap diri mereka sendiri... namun pesanan ketua 'Beast Belantara' menjadi teka-teki kerana hanya ditujukan kepada Kasih Alyza, seolah2 tersimpan maksud yg mendalam namun masih tidak difahami oleh Kasih Alyza akan tetapi adinda2 nya sudah mampu meneka bahawa ketua 'Beast Belantara' telah jatuh hati kepada kekanda mereka...
maka pd mlm itu seisi Kayangan Kasih berkumpul dgn penuh rasa kesyukuran dan kgembiraan kerana dgn kurniaan yg dilimpahkan oleh Nya, kesemua bidadari masih mampu untuk mempertahankan kerajaan Kayangan Kasih sehingga ke saat ini... sesungguhnya keberanian yg ada dalm diri bidadari2 Kayangan Kasih usahlah diperkotak-katikkan lg, kerana sememangnya mereka lah Srikandi Sakti yg berani menetang apa saja yg bisa mengugat keutuhan kerajaan Kayangan Kasih...
2 comments:
adikkkkkk... mmg best sggh citer bidadari nie, akak sggh teruja... huhuhu
kak yani ska al, smbung la lg hikss
Post a Comment